Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Salam buat semua,
Di harap bergembira hendaknya dan di dalam keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya..
Lama sudah tak menyinggah untuk melontar pendapat di dunia blog ni. Sempena Ramadhan yang datang aku nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan harap di halalkan makan dan minum.

Semoga Ramadhan yang datang dapat ku isi dengan pelbagai program ibadah bagi merebut segala peluang yang Allah sajikan. Aku selalu teringat nasyid " Ramadhan ..satu nasib tak serupa, peluang yang sama..natijah berbeza.." So target dapat penuhkan Tarawikh, tadarrus sebanyaknya.. dan paling penting kualiti puasa ..bukan setakat puasa perut tetapi juga puasa mata, mulut, telinga dan paling susah hati..

Ya Allah aku bermohon agar Kau bantu ku mencari redha mu dan mencapai Taqwa dalam bulan yang mulia ini.

Buat isteri tersayang Norehan Ahmad Anuar dan anak-anakku Shakir, Yani, Yati, Sofea, Luqman, Balqis dan Dina..sama-samalah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti yang telah di rancang. Untuk anak-anakku tekunilah ibadah puasa ini sebagai jalan mendapatkan taqwa dan menjdi muslimin sejati..
Jangan culas dan lemah dalam mengharungi 30 hari yang sangat mencabar.. Nantikanlah saat berbuka yang di janjikan kegembiraan oleh Allah dan janganlah lengah dalam bangun untuk bersahur kerana dalam bersahur itu banyak kebaikan di dalamnya..

Duhai anak-anakku, ampun maaf di pohon atas segala salah dan silap ku, aku juga insan biasa yang banyak kurang dan tebal mazmumahnya..
Buat isteri ..salam sayang juga ampun maaf..
Buat rakan dan taulan..semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik dari yang lepas selamatlah moga Allah terima puasa kita tahun ini..

Wednesday, September 23, 2009

Salam Lebaran

Ramadhan telah pergi dan
Syawal kembali menyeri hari, satu hadiah kemenangan dari Ilahi keatas hambanya yang patuh menjalani ibadah puasa.. Bagi ku Hari Raya adalah hari untuk berziarah saudara mara yang lama tidak di kunjungi ..famili ibu ku di Melaka tentunya sedang menunggu-nunggu kedatanganku sekeluarga..

Seawal Maghrib kedatangan Syawal di sambut dengan dendangan takbir, tahmid dan tahlil tanda memuji kebesaran Allah yang memberi nikmat yang tak terkira banyaknya..semoga aku kekal dalam iman dan islam sehingga akhir hayatku..sesungguhnya kematian yang baik itu adalah idaman setiap orang-orang mukmin..

Pada hari raya ini yang paling seronok adalah anak-anak..sering mereka bertanya bila nak raya..soalan yang di jawab bila mereka menonton siaran pengumuman hari raya oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja..Anak ku Izyani pagi-pagi lagi dah bangun nak pakai baju raya..hah tu dia kat bawah ni..bukan main lagi senyumannya...tanda kemenangan dapat puasa penuh at the second attempt after a quite disappointing try last year..



Yani...




Tu dia anak buah aku Amirul Iqbal bergaya ...biasolah..anak remaja asalkan study ok lain tu kira ok je ...





Sofea and Along
Kelihatan Along dengan baju raya beli last minute kat Tampin dan Sofea...walaupun Sofea dapat sehari je tapi tahun depan kena improve yang yo...



Another anak buah, Najwa yang kelihatan tersenyum tapi sebenarnya berdebar-debar tu menanti kedatangan SPM yang bakal menjelma..anyway Pak Su doakan sukses saja hendaknya..kelihatan juga Angah (Najihah) , Yani, Yati dan Sofea...posing gitu


Aikk ape mak mentuo den buek tu.. yolah pepagi raya tu nak jugak telepon adik yang jauh bertanya khabar sambil mengucap salam Aidilfitri.. kelihatan biras ku Abang Wahab sedang duduk sambil menanti hidangan lemang dan rendang spesel di pagi raya..





Bang Uda, Najmi, Bang Andek , Anis dan Luqman..lepak lepak sambil nak bersarapan..


Yati...


Heh ..anak daro den no.3 Yati bergaya dengan baju raya ..tahniah babah ucapkan..dapek poso kurang sehari je tahun ni...bleh le beraya sakan ...apapun jangan beli mercun bunga api pun tak leh...baik simpan duit rayo tu untuk kegunaan pelajaran akan datang...nampak Alia keseorangan tu Yati..gilah teman dia jalan-jalan rumah sedara ...





Kuih raya menunggu untuk di jamah...aku suka yang rangup-rangup je ..kerepek ubi, kerepek pisang layanssss...

Zaujah ku Norehan dengan Mak Long Saadiah..kakak sulung ibunda tercinta..walaupun uzur namun semangat masih kuat menyambut kedatangan anak buah dan cucu di hari raya.. Sementara tu Kak Imah sedang memujuk anak aku si Luqman untuk sesi fotografi..kat sebelah tu anak sulung Kak Imah..Putri dan di Fizah kat belakang layan tv...


Balqis dah nampak something untuk di masukkan ke dalam molotnya..habih sume yang di jumpa masuk mulut..jenuh memerhati...sabo je le...


Kak Imah sembang dengan Syahida dan Syafinaz..clan dari JB baru sampai...



Mak Besau Zaidah..lama tak jumpa jadi di hari raya nilah kita nak jumpa tanya khabar..sambil sambil tu makan le kuih raya tu..tart nenas tu sodap nampak eh...





Kak Nora and family bertandang pada hari ke 2 raya bersama famili, it has been 11 years since we last met..so Alhamdulillah..kelihatan menjamu selera bersama anak-anak..tu..apa menunya..hmm ayam masak merah, ikan kurau masin gulai masak lomak ngan nenas...rendang daging kerbau dan nasi hempet...hempet jangan tak hempet...




Anak dia minat ayam je..ayam organik tu kak..



makan bang kakak silakan ..juadah dari rombau...lopeh ni kito pekena kopi plak..sembang sampai petang..almaklumlah lama tak jumpa...


Hah NZ pun datang...terima kasih..ni pun lama tak jumpa dekat 10 tahun tak jumpa ..maintain lagi walau dah ber anak duo...




Bersama  datang ibu dan adik serta ipar duainya..depan NZ tu anak-anak dia ..terima kasih sebab walau dah buah 8 rumah bertandang masih terdaya lagi nak singgah rumah aku ni..sorilah kalau serba kurang layanan...

Friday, September 11, 2009

Jumpa Geng Lama

Salam,

Nile gambar-gambar yang aku sempat ambik masa sesi iftar geng Mrsm Kuantan aku ni aka Kuatagh91..Mulanya aku tak rancang nak pergi tapi bila Hazeli insist..then aku pun ok jek..lagipun nak jumpa kawan-kawan lama..yelah hampir 18 tahun tak jumpa jadi nak juga tahu perkembangan..Dari Rembau aku bertolak ke Kuala Lumpur..since aku pun dah lama tak ke area Damansara so aku decided nak parking ke rumah Hazeli di Puncak Jalil. Sampai kat rumah dia aku ternampak mak si Hazeli..aduhai lame btul tak jumpa Mak Pah ni..dulu mase kecik-kecik sampai lah besar Mak Pah sentiasa mengikuti perkembangan aku...almaklumlah aku ngan si Hazeli sekolah sesama dari sekolah rendah sampai MRSM..

So dalam pukul 5 : 40 kitaorang gerak dari Buki Jalil..jamm masyaAllah..tak dapek nak nolong eh do..akhirnya sampai ke Ikea Damansara dalam pkul 6:50 petang..

Sampai sahaje ke tempat yang di tuju ..ku lihat manusia beratur panjang untuk berbuka ..mane diorang ni? Tak lama lepas aku tepon Meri..dia pun muncul siap bagi sticker lagi kena tampal kat baju..kalau tak Bangla tak bagi masuk..cheh...Bangla pun sampai Mesia ada power..sape brani lawan tak dapek makan..herga pun oklah 16.90 je..kalau tempat lain puluh puluh jugak le rege dia.. Gamba2 yang ada ini telah diuploadkan dalam Facebook aku tapi ada jugak yang takde Facebook so hopefully dapat jugakle kongsi-kongsi gambar ni..especially kak Ezanor kita tu..



Jeng-jeng-jeng.. ha inilah dia muka kawan-kawan kita yang sempat aku titipkan..
 Serol ni roomate aku kat blok G, selain Kem, Sharulmizan, Cokmat dan Sulaiman Bujang (our junior)..ada sorang lagi tapi tak ingat..Serol la ni lecturer di UiTM Shah Alam. Kelihatan jugak tu orang kuat Meri dan Ezanor sedang rancak berbual..
Kuih koci, buah tembikai, kurma ..introduction
Ntah apele yang di gelakkan kan oleh si Zaidi dan Hazeli tu..
On the background wife Ah Chong dan Nor Zayana...
Hehe si abang come Junier..rakan sepermainan hoki dedulu..siap gi sukan Zon Timur masa form 4 kat KT..Now kerja as an engineer ..kat mane ..tak tau..nanti tanya lebih detail..
Haizul Azril...hah sape nak buat auditing bleh sub kat abe kito nie..kira duit je kijo dio ni..
Bereng..seb baik tak bawak Ferrari kalau bawak nak tumpang balik ko Rombau..
Zaidi Zahidin..itu oil and gas company punya GM..ada kerja kosong tak bro..sorry ye..sekrang ni pun ramai nak kena VSS ni..1 tahun 20 hari punya gaji kena bayo...
Tak puas hati kat Ikea sambung plak TT session kat seberang Ikea tu ..nama nya Teh Tarik Place..
Kelihatan wife Zaidi, yang sedang berbadan dua anak yang ketiga pekena mee goreng ala Laut Merah..Mazwin kat sebelah tu berkata dalam hati ..hmm sedap nampak nak sket...
Kelihatan Ahcong, Mazwin dan Haizul..sembang ape tu..yelah mesti banyak crita... So habis sesi dalam kul 11 malam trus aku balik ke Rembau membawa kenangan indah bersama kawan2. Akhir kalam
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi..

Saturday, September 5, 2009

Amateur Radio


Bersama Mahadi Suboh-9W2MSV di Pulau Tioman



Salam,

Hmm ada kawan aku nun jauh di sana mintak cerita pasal ham..ok.. walau pun aku baru je dalam dunia ham ni tapi aku crita le setakat aku faham..

To start with ..Mahadi kawan aku ni ..surveyor jugak.. beriya iya ajak main radio amateur.. minat gila katanya..dulu masa main 4wd masuk hutan walkie talkie ni memang mustahak tapi mase tu aku tak tahu the legal aspect of it..FYI it's not that straight forward kita bleh beli walkie talkie dan transmit ie tekan PTT..tapi masa tu blasah je le..

So sambung crita... aku pun memang minat tapi tak nampak jalan so aku pendamkan sahaja niat aku tu.. bila masuk cerita pasal radio amateur kat Majalah3 minat aku pun bercambah kembali..Tak lama lepas tu Mahadi pun bawak aku jumpa otai2 yang main radio ni di Melaka..Ingat lagi malam itu aku diperkenalkan kepada Pak Basir 9w2mtt, Pak Mus 9w2usm, Pak Lias 9w2kkd, Wan 9w2wpr,Pak Robert 9w2mtx dan wife Kak Molly 9w2ory. So bermulalah pengenalan aku dalam dunia ham ni..ok jugaklah depa memperkenalkan kepada aku few important things for beginner..So bermula malam tu aku kira masuk kategori SWL Short Wave Listener..sebab aku takde lesen lagi...depa suruh rajin2lah memantau bagaimana rakan2 ham berQSO..ha ape tu..QSO?..QSO adalah sebahagian terms yang ham gunakan dari kumpulan Q codes..membawa maksud komunikasi dua hala yang berlaku antara dua ham..


Si Mahadi ni punya semangat siap ajak aku gi Singapore beli radio..aku pun layan le..pukul 3 pagi bertolak dari Melaka nak ke S'pore ..perhh nak main radio punye pasal...So aku pun tangkap le handy ICOM-V8 famously known as Langau Hijau dan Rig (terms untuk Radio) Kenwood TM271..seperti yang di bawah ni le...balik dari S'pore aku dan Mahadi pun mulalah berlatih berQSO..hehe..walaupun salah di sisi undang-undang tapi SOP di jaga....


Bila dah ada rig kenalah ada antenna..aku pun ucap trima kasih pada Pak Mus 9w2usm kerana hadiahkan aku antenna ni..Ha sebut pasal antenna..sudah menjadi part and parcel dalam dunia ham ni kena tahu sedikit sebanyak pasal antenna..aku siap beli buku dari ARRL sendiri sebab nak tahu pasal antenna..dan memang menjadi impian aku supaya aku dapat lebih faham akan aspek antenna ini..Seperti yang dalam gambar ni ..antenna ni di panggil double zepp...banyak sungguh jenis antenna ni ada yang di panggil dipole, slim jim, log periodic arrays, yagi fuhh jenuh nak mentioned ni..



Di samping tu kami pun digalakkan untuk ambil peperiksaan RAE..Radio Amateur Examination..a 3 hours exam consists of 100 questions in order to get the Apparatus Assignment..Walaupun dengar exam macam datang rasa phobia tapi kawan2 ham mengatakan ianya tak susah sangat..lagipun depa tolong habis..buat class dan buat revision class which was very helpful..Our discussion group lulus semuanya bila result keluar pada 12 hb Ogos 2009 tempohari..Bila mentelaah nota nota exam itu dengan tak secara lansung menambah kefahamaan tentang SOP dan teknikal radio amatur ini..to those yang berminat perkara pertama yang perlu di lakukan ialah memahami SOP seperti yang digariskan oleh SKMM pada websitenya www.skmm.gov.my..

Ha kat bawah tu..nilah ghopenye Apparatus Assignment..atau dengan kata lain lesen radio amatur ni..benda ni kita akan dapat ni lepas lulus exam RAE tu..jadi aku daftarlah callsign aku 9w2spj..ngko nak tahu kenapa aku pilih callsign SPJ ni..well malam selepas berkenalan dengan otai2 buat pertama kali tu, sebelum balik depa pun bincang ape callsign nak bagi aku..at last kak Molly pun kata why not SPJ..Shah Pak Janggut.. lalu sepakat le pakai nama tu..hehe lekat terus..FYI bila dah ada apparatus assignment (AA) dan dah dapat individual callsign ( there can be no similar callsign ..its yours foreva.)dapat membolehkan kita berinteraksi dengan rakan ham seantero dunia..so lepas ni kalau nak main band jauh sure can one..



Aktiviti radio amatur ni banyak antaranya fox hunt, dxing and emergency rescue to name few ..Semuanya volunteer base..so sape suke kerja volunteer basis ham ni memang sesuaile..Aku pun pernah join aktiviti fox hunt tu..memang menarik dan mencabar.


hehe ..ready set and go ..de 9w2spj standing by..

kawan seperjuangan abang Sham9w2pfs ready to battle..

Itulah dia sedikit sebanyak crita Radio Ham..ada minat?.. kalau bleh tanya lagi untuk further detail..To my ham friends..kasi komen nanti bleh upgrade lagi..
To Ajim hopefully sedikit sebanyak dapatle overview crita ham ni..aku akan upgrade dari mase ke semasa..

Ramadhan ..dari perspektif aku

Salam

Ramadhan datang lagi..sebagai seorang insan.. sepanjang 35 tahun sebagai Muslim aku dapati semakin menjejak usia semakin bertambah kefahaman aku tentang bulan mulia umat Islam ni..

Dulu masa kecik-kecik aku start pose ni lambat jugaklah...seingat aku darjah satu baru mula..tu pun banyak tipu...Bapak aku bagi duit belanja gak walau dalam pose..Satu hari tu aku dahaga sangat..air oren yang pakcik tu jual menyebabkan tekak yang kering semakin kering...nak buka ke tak aku fikir banyak kali..last-last aku tewas dan basahlah tekakku ari tu..Bila balik ayah aku tanya mane gi duit belanja tadi..pe lagi aku pun drama swasta le katakan dah hilang lah kwan ambillah sedekahlah..cehh macam le orang tua tu percaya..tapi ayah aku diam je..biasenye dah singgah rotan dah tapi mungkin sebab bulan Ramadhan dan juga nak galakkan aku untuk terus puasa keesokaannya.. So bila dah ada anak, kalau peel ni menjelma aku pun sengih je le...Tuhan Mahah Kaya..aku pasrah...what goes aroung comes around..tapi Alhamdulillah setakat ni takde ..

Aku juga berpengalaman berpuasa di luar negara yang mana tempoh berpuasanya panjang..Macam-macam dugaan datang, dahlah keluarga jauh, masak untuk buka pun sendri, bazar ramadhan takde, imsak cepat plak tu..terasa btul aku rindukan Mesia..tapi apa nak buat hadap le demi sedikit ilmu di dada..yang best tu kalau ada jemputan berbuka..konpem pergi tanpa dolak dalik lagi...mekasih le pada mereka yang pernah ajak aku berbuka tu...semoga Allah balas jasa dengan nilai yang setimpal..

Bila dah berkeluarga ni kenalah sendiri memperkemaskan puasa sebelum dapat membimbing ahli keluarga untuk berpuasa. Aku selalu ingatkan diri aku supaya saban tahun Ramadhan kualiti kena bertambah baik..baik dari segi kualiti dan kuantiti ibadah dalam bulan Ramadhan..

Seronok tengok anak2 aku berpuasa..yang sulung dah start puasa seawal umurnya 5 tahun...dapat 29 hari lagi..ponteng sehari itu pun sebab demam..miss sahur pun pernah tapi tahan btul..aku kecik2 kecik pun tak camtu..Masuk 6 tahun dah dapat full, Babah doa semoga korang dapat maintain benda baik ni sepanjang hayat ..Untuk tahun ni Yani dan Yati pun dah start pose..setakat blog ni di tulis masih bertahan lagi, belum ada ponteng lagi..semoga Allah bantu usaha kalian..Sering juga aku berpesan kepada mereka ketika sahur...(sambung lidah mak mertua aku) "hah jangan lupa niat makan tu jangan lapar dan dahaga esok.."

Puasa juga sebenarnya adalah masa untuk merapatkan hubungan keluarga melalui aktiviti berbuka dan sembahyang terawikh.. Sebut pasal terawikh aku berharap masyarakat kita lebin open mengenai berapa bilangan yang sepatutnya..kalau kat NS ni yang popular buat 10 rakaat, tak kesahlah 10 ke 8 ke , 20 ke janji buat..ibadah terawikh ni walaupun ada yang kata sunat tapi kena ingat sunat ini hanya boleh di lakukan dalam bulan Ramadhan sahaje..bulan lain tak jadi do..so rebutlah peluang terawikh ni..blum tentu jumpa yang akan datang..esok lusa kita Allah panggil..rugi dunia akhirat..

Bulan pose pun adalah bulan Al-Quran ..so moga Allah bantu aku le nak tadarus Quran sepanjang pose ni..setakat arini dah habis seround..masuk 16th day onwards aku nak seround lagi khatam..semoga Allah beri aku kekuatan..

Bulan Ramadhan ni juga ada Malam Al Qadar..dah lama carik dah ..dulu mase zaman bujang 10 terakhir tu memang masa yang sangat ditunggu2..Dengar juga cerita org2 yang pernah jumpa malam ni.ingin sangat nak jumpa tapi rasenya blum jumpa seperti yang pernah di dengar..apa yang penting bagi aku ialah 10 terakhir tu cari le ..jumpa tak jumpa crita lain..Teringat aku satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawanku Hj Noor Azam Khamis bertajuk " Merebut Pahala Berlipat Ganda Dalam Waktu Singkat..." karya Syeikh Dr Muhammad Ibrahim yang telah di alih bahasa ke BM..termasuk perkara yang Allah bagi keistimewaan pada umat Muhammad ialah malam Al Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan hmm.. 1000/12.. 83 tahun lebih sket..hmm time time 10 ramadhan ni kalau kat Mekah meriah habis..tapi sebaliknya kat Mesia meriah nak sambut rayalah plak.. Aku harap aku tak leka sangat dengan hari raya ni...semoga dapat le aku jumpa Malam Al Qadar ni..

Untuk anak2ku diharap ibadah puasa kalian yang telah babah terapkan tu teruskan dan murnikan lagi kualiti puasa tu..Along.. kalau balik masjid tu jangan tido dulu, tadarus dulu Al Quran dalam satu dua ain kalau dapat satu juzuk lagi cantik..tido lepas subuh ni pun mahal rezeki..

Aku mohon kepada Allah supaya dapat di terima puasa aku dan masukkan aku dalam golongan orang yang di redhaiNya dunia akhirat..

Introduction



بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name Of Allah the Most Gracious and Most Merciful. Peace and blessing be upon you O Muhammad The Messenger Of Allah.

After waiting and observing for quite sometimes alas I decided to have my own blog. I dedicated this blog especially to my immediate family.. my dearest offsprings Along, Yani, Yati, Sofea, Luqman and Balqis. Throughout this blog you will get to know me from a different point of view.
To my lovely zaujah Norehan bt Hj Ahmad Anuar..please treat this as another mean of communication between us and just enjoy..

This blog is also a platform for my friends (primary, secondary,uni.,work and ham and others)to share ideas, experiences, thoughts and that sort of stuff...do not hesitate to express whatever you think that can contribute to the issues that I will post.

This blog will post my thoughts and opinions on several areas that interest me namely about my profession ie Land Surveying, hobbies ie reading, socialised, friendship, my newly found love..amateur radio or its popular term ham and DSLR..

Please feel free to join and contribute to the posted articles at any of your convenience time .. I would really appreciated it..