Saturday, September 5, 2009

Amateur Radio


Bersama Mahadi Suboh-9W2MSV di Pulau Tioman



Salam,

Hmm ada kawan aku nun jauh di sana mintak cerita pasal ham..ok.. walau pun aku baru je dalam dunia ham ni tapi aku crita le setakat aku faham..

To start with ..Mahadi kawan aku ni ..surveyor jugak.. beriya iya ajak main radio amateur.. minat gila katanya..dulu masa main 4wd masuk hutan walkie talkie ni memang mustahak tapi mase tu aku tak tahu the legal aspect of it..FYI it's not that straight forward kita bleh beli walkie talkie dan transmit ie tekan PTT..tapi masa tu blasah je le..

So sambung crita... aku pun memang minat tapi tak nampak jalan so aku pendamkan sahaja niat aku tu.. bila masuk cerita pasal radio amateur kat Majalah3 minat aku pun bercambah kembali..Tak lama lepas tu Mahadi pun bawak aku jumpa otai2 yang main radio ni di Melaka..Ingat lagi malam itu aku diperkenalkan kepada Pak Basir 9w2mtt, Pak Mus 9w2usm, Pak Lias 9w2kkd, Wan 9w2wpr,Pak Robert 9w2mtx dan wife Kak Molly 9w2ory. So bermulalah pengenalan aku dalam dunia ham ni..ok jugaklah depa memperkenalkan kepada aku few important things for beginner..So bermula malam tu aku kira masuk kategori SWL Short Wave Listener..sebab aku takde lesen lagi...depa suruh rajin2lah memantau bagaimana rakan2 ham berQSO..ha ape tu..QSO?..QSO adalah sebahagian terms yang ham gunakan dari kumpulan Q codes..membawa maksud komunikasi dua hala yang berlaku antara dua ham..


Si Mahadi ni punya semangat siap ajak aku gi Singapore beli radio..aku pun layan le..pukul 3 pagi bertolak dari Melaka nak ke S'pore ..perhh nak main radio punye pasal...So aku pun tangkap le handy ICOM-V8 famously known as Langau Hijau dan Rig (terms untuk Radio) Kenwood TM271..seperti yang di bawah ni le...balik dari S'pore aku dan Mahadi pun mulalah berlatih berQSO..hehe..walaupun salah di sisi undang-undang tapi SOP di jaga....


Bila dah ada rig kenalah ada antenna..aku pun ucap trima kasih pada Pak Mus 9w2usm kerana hadiahkan aku antenna ni..Ha sebut pasal antenna..sudah menjadi part and parcel dalam dunia ham ni kena tahu sedikit sebanyak pasal antenna..aku siap beli buku dari ARRL sendiri sebab nak tahu pasal antenna..dan memang menjadi impian aku supaya aku dapat lebih faham akan aspek antenna ini..Seperti yang dalam gambar ni ..antenna ni di panggil double zepp...banyak sungguh jenis antenna ni ada yang di panggil dipole, slim jim, log periodic arrays, yagi fuhh jenuh nak mentioned ni..



Di samping tu kami pun digalakkan untuk ambil peperiksaan RAE..Radio Amateur Examination..a 3 hours exam consists of 100 questions in order to get the Apparatus Assignment..Walaupun dengar exam macam datang rasa phobia tapi kawan2 ham mengatakan ianya tak susah sangat..lagipun depa tolong habis..buat class dan buat revision class which was very helpful..Our discussion group lulus semuanya bila result keluar pada 12 hb Ogos 2009 tempohari..Bila mentelaah nota nota exam itu dengan tak secara lansung menambah kefahamaan tentang SOP dan teknikal radio amatur ini..to those yang berminat perkara pertama yang perlu di lakukan ialah memahami SOP seperti yang digariskan oleh SKMM pada websitenya www.skmm.gov.my..

Ha kat bawah tu..nilah ghopenye Apparatus Assignment..atau dengan kata lain lesen radio amatur ni..benda ni kita akan dapat ni lepas lulus exam RAE tu..jadi aku daftarlah callsign aku 9w2spj..ngko nak tahu kenapa aku pilih callsign SPJ ni..well malam selepas berkenalan dengan otai2 buat pertama kali tu, sebelum balik depa pun bincang ape callsign nak bagi aku..at last kak Molly pun kata why not SPJ..Shah Pak Janggut.. lalu sepakat le pakai nama tu..hehe lekat terus..FYI bila dah ada apparatus assignment (AA) dan dah dapat individual callsign ( there can be no similar callsign ..its yours foreva.)dapat membolehkan kita berinteraksi dengan rakan ham seantero dunia..so lepas ni kalau nak main band jauh sure can one..



Aktiviti radio amatur ni banyak antaranya fox hunt, dxing and emergency rescue to name few ..Semuanya volunteer base..so sape suke kerja volunteer basis ham ni memang sesuaile..Aku pun pernah join aktiviti fox hunt tu..memang menarik dan mencabar.


hehe ..ready set and go ..de 9w2spj standing by..

kawan seperjuangan abang Sham9w2pfs ready to battle..

Itulah dia sedikit sebanyak crita Radio Ham..ada minat?.. kalau bleh tanya lagi untuk further detail..To my ham friends..kasi komen nanti bleh upgrade lagi..
To Ajim hopefully sedikit sebanyak dapatle overview crita ham ni..aku akan upgrade dari mase ke semasa..

1 comment:

  1. Ha Ha!!! Gambar kita pun ada..
    Kita pun tgh buat2 kan blog kita untuk hamradio
    kat 9w2pfs.blogspot.com
    tapi kalau untuk photography memang kita da ada.. He He kat www.polinifotografik.com

    73.

    ReplyDelete