Saturday, September 5, 2009

Ramadhan ..dari perspektif aku

Salam

Ramadhan datang lagi..sebagai seorang insan.. sepanjang 35 tahun sebagai Muslim aku dapati semakin menjejak usia semakin bertambah kefahaman aku tentang bulan mulia umat Islam ni..

Dulu masa kecik-kecik aku start pose ni lambat jugaklah...seingat aku darjah satu baru mula..tu pun banyak tipu...Bapak aku bagi duit belanja gak walau dalam pose..Satu hari tu aku dahaga sangat..air oren yang pakcik tu jual menyebabkan tekak yang kering semakin kering...nak buka ke tak aku fikir banyak kali..last-last aku tewas dan basahlah tekakku ari tu..Bila balik ayah aku tanya mane gi duit belanja tadi..pe lagi aku pun drama swasta le katakan dah hilang lah kwan ambillah sedekahlah..cehh macam le orang tua tu percaya..tapi ayah aku diam je..biasenye dah singgah rotan dah tapi mungkin sebab bulan Ramadhan dan juga nak galakkan aku untuk terus puasa keesokaannya.. So bila dah ada anak, kalau peel ni menjelma aku pun sengih je le...Tuhan Mahah Kaya..aku pasrah...what goes aroung comes around..tapi Alhamdulillah setakat ni takde ..

Aku juga berpengalaman berpuasa di luar negara yang mana tempoh berpuasanya panjang..Macam-macam dugaan datang, dahlah keluarga jauh, masak untuk buka pun sendri, bazar ramadhan takde, imsak cepat plak tu..terasa btul aku rindukan Mesia..tapi apa nak buat hadap le demi sedikit ilmu di dada..yang best tu kalau ada jemputan berbuka..konpem pergi tanpa dolak dalik lagi...mekasih le pada mereka yang pernah ajak aku berbuka tu...semoga Allah balas jasa dengan nilai yang setimpal..

Bila dah berkeluarga ni kenalah sendiri memperkemaskan puasa sebelum dapat membimbing ahli keluarga untuk berpuasa. Aku selalu ingatkan diri aku supaya saban tahun Ramadhan kualiti kena bertambah baik..baik dari segi kualiti dan kuantiti ibadah dalam bulan Ramadhan..

Seronok tengok anak2 aku berpuasa..yang sulung dah start puasa seawal umurnya 5 tahun...dapat 29 hari lagi..ponteng sehari itu pun sebab demam..miss sahur pun pernah tapi tahan btul..aku kecik2 kecik pun tak camtu..Masuk 6 tahun dah dapat full, Babah doa semoga korang dapat maintain benda baik ni sepanjang hayat ..Untuk tahun ni Yani dan Yati pun dah start pose..setakat blog ni di tulis masih bertahan lagi, belum ada ponteng lagi..semoga Allah bantu usaha kalian..Sering juga aku berpesan kepada mereka ketika sahur...(sambung lidah mak mertua aku) "hah jangan lupa niat makan tu jangan lapar dan dahaga esok.."

Puasa juga sebenarnya adalah masa untuk merapatkan hubungan keluarga melalui aktiviti berbuka dan sembahyang terawikh.. Sebut pasal terawikh aku berharap masyarakat kita lebin open mengenai berapa bilangan yang sepatutnya..kalau kat NS ni yang popular buat 10 rakaat, tak kesahlah 10 ke 8 ke , 20 ke janji buat..ibadah terawikh ni walaupun ada yang kata sunat tapi kena ingat sunat ini hanya boleh di lakukan dalam bulan Ramadhan sahaje..bulan lain tak jadi do..so rebutlah peluang terawikh ni..blum tentu jumpa yang akan datang..esok lusa kita Allah panggil..rugi dunia akhirat..

Bulan pose pun adalah bulan Al-Quran ..so moga Allah bantu aku le nak tadarus Quran sepanjang pose ni..setakat arini dah habis seround..masuk 16th day onwards aku nak seround lagi khatam..semoga Allah beri aku kekuatan..

Bulan Ramadhan ni juga ada Malam Al Qadar..dah lama carik dah ..dulu mase zaman bujang 10 terakhir tu memang masa yang sangat ditunggu2..Dengar juga cerita org2 yang pernah jumpa malam ni.ingin sangat nak jumpa tapi rasenya blum jumpa seperti yang pernah di dengar..apa yang penting bagi aku ialah 10 terakhir tu cari le ..jumpa tak jumpa crita lain..Teringat aku satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawanku Hj Noor Azam Khamis bertajuk " Merebut Pahala Berlipat Ganda Dalam Waktu Singkat..." karya Syeikh Dr Muhammad Ibrahim yang telah di alih bahasa ke BM..termasuk perkara yang Allah bagi keistimewaan pada umat Muhammad ialah malam Al Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan hmm.. 1000/12.. 83 tahun lebih sket..hmm time time 10 ramadhan ni kalau kat Mekah meriah habis..tapi sebaliknya kat Mesia meriah nak sambut rayalah plak.. Aku harap aku tak leka sangat dengan hari raya ni...semoga dapat le aku jumpa Malam Al Qadar ni..

Untuk anak2ku diharap ibadah puasa kalian yang telah babah terapkan tu teruskan dan murnikan lagi kualiti puasa tu..Along.. kalau balik masjid tu jangan tido dulu, tadarus dulu Al Quran dalam satu dua ain kalau dapat satu juzuk lagi cantik..tido lepas subuh ni pun mahal rezeki..

Aku mohon kepada Allah supaya dapat di terima puasa aku dan masukkan aku dalam golongan orang yang di redhaiNya dunia akhirat..

No comments:

Post a Comment