Salam buat semua,
Di harap bergembira hendaknya dan di dalam keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya..
Lama sudah tak menyinggah untuk melontar pendapat di dunia blog ni. Sempena Ramadhan yang datang aku nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan harap di halalkan makan dan minum.
Semoga Ramadhan yang datang dapat ku isi dengan pelbagai program ibadah bagi merebut segala peluang yang Allah sajikan. Aku selalu teringat nasyid " Ramadhan ..satu nasib tak serupa, peluang yang sama..natijah berbeza.." So target dapat penuhkan Tarawikh, tadarrus sebanyaknya.. dan paling penting kualiti puasa ..bukan setakat puasa perut tetapi juga puasa mata, mulut, telinga dan paling susah hati..
Ya Allah aku bermohon agar Kau bantu ku mencari redha mu dan mencapai Taqwa dalam bulan yang mulia ini.
Buat isteri tersayang Norehan Ahmad Anuar dan anak-anakku Shakir, Yani, Yati, Sofea, Luqman, Balqis dan Dina..sama-samalah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti yang telah di rancang. Untuk anak-anakku tekunilah ibadah puasa ini sebagai jalan mendapatkan taqwa dan menjdi muslimin sejati..
Jangan culas dan lemah dalam mengharungi 30 hari yang sangat mencabar.. Nantikanlah saat berbuka yang di janjikan kegembiraan oleh Allah dan janganlah lengah dalam bangun untuk bersahur kerana dalam bersahur itu banyak kebaikan di dalamnya..
Duhai anak-anakku, ampun maaf di pohon atas segala salah dan silap ku, aku juga insan biasa yang banyak kurang dan tebal mazmumahnya..
Buat isteri ..salam sayang juga ampun maaf..
Buat rakan dan taulan..semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik dari yang lepas selamatlah moga Allah terima puasa kita tahun ini..
Tuesday, August 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment